Tuesday 29 March 2011

-<@Rotor Disk@>-

 (rotor disk yang dah tak rata)

 (rotor disk yang dah tak rata)

Task: Supply dan mengganti rotor disk yang dah tak rata dengan yang baru. Bagi yang dah beberapa kali skim pun tetap gegar jugak bila brek, elok ar tukar dengan yang baru shj. Dengan syarat knuckle korang tak rosak jugak...kalo tak, knuckle pun perlu ditukar jugak.

Area: Kajang, Bandar Baru Bangi, Putrajaya, Cyberjaya, Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan sekitarnya.
Waktu Operasi: 6 pm - 11 pm
Duration Service: 1-2 jam



(rotor disk baru)
Service:
Kalo koramg perlukan service aku..PM aku k...aku tak larat nak taip kat sini detail sgt..hahahhaha






(brek pad pun kena tukar, kalo x nanti brek pad lama rosakkan disk baru)

Untuk Jenis-jenis kereta lain, sila PM aku untuk tanya harga...aku kene check dulu harga dengan supplier untuk bagi quotation kat korang...confirm aku bagi best price dan murah sangat untuk korang semua...jangan malu-malu nak tanya k....


Contact: sori, aku dah stop buat kerja2 service ni..

Tuesday 22 March 2011

-<@Steering Leg Bushing@>-


Information: Inilah rupa steering leg bush yang dah rosak. Sekiranya tak tukar benda ini, steering akan rasa kosong sedikit apabila dipusing ke kiri atau ke kanan. Masa tengah layan corner adalah sedikit bahaya kerana tayar boleh terbelok sendiri kerana steering ada loose sedikit. Walaupun korang dah cuba pegang steering dengannkuat pun tayar korang boleh membelok sendiri.


Task: Part ini memang agak susah untuk ditukar, sekiranya korang salah pergi bengkel akan di cas dua kali ganda dari harga yang sepatutnya. Nak aku referkan pada bengkel yang berpatutan??sila pm aku k...heheh...

Area: Kajang, Bandar Baru Bangi, Putrajaya, Cyberjaya, Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan sekitarnya.
Waktu Operasi: 6 pm - 11 pm
Duration Service: 1-2 jam


Contact: sori...aku dah stop buat kerja2 ni...tq..

Monday 14 March 2011

-<@Lampu Depan Kristal Kaca Kancil/Crystal Head Lamp Glass for Kancil@>-

Task: Supply lampu depan kancil kristal kaca. Bukan plastik, selesaikan masalah lampu kancil yang selalu kabur apabila terkena panas. Guna balik mentol kancil asal pun dapat tengok hasil lampu yang lebih cerah. Boleh tengok dulu yang terpasang kat kancil aku.

Area: Kajang, Bandar Baru Bangi, Putrajaya, Cyberjaya, Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan sekitarnya.
Waktu Operasi: 6 pm - 11 pm
Duration Service: 1-2 jam

Price:
Stok barang perlu order dulu dengan BMK (Bayaran Menunjukkan Kesungguhan) separuh dari harga barang. Harga lampu kaca kristal untuk kancil ini cuma RM280 shj. Bukan second hand, baru punya~~



Korang tak payah beli lampu kaca cromax secondhand sampai RM400. Pakai ini pun cantik bro.


Picture Lampu:
Kat bawah ni korang tengokla sendiri gambar lampu kaca yang cun ni...


Lampu Kristal Kaca/Crystal Head Lamp Kancil

Lampu Kristal Kaca/Crystal Head Lamp Kancil

Lampu Original Kancil

Beza Lampu Kristal Kaca dengan yang ori..Cun woo!!


Contact: sori...aku dah stop buat kerja2 ni...tq..

Saturday 5 March 2011

-<@Saiz Tayar Anda@>-

Sebenarnya, setiap tayar mempunyai maklumat yang terperinci berhubung jenis, saiz dan keumpamaan, termasuk minggu dan tahun keluaran. sesiapa saja dapat memahami maklumat ini untuk membuat pilihan tayar yang tepat bagi kenderaan mereka. cara paling tepat memahaminya adalah dengan memilih satu contoh tayar dan menelitinya sedikit demi sedikit. 

Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu. 

Dalam contoh, ketinggian tayar adalah 70% kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit. 

Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama. 

Nombor 82 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "index keupayaan mengangkut tayar berat" yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksima 475 kilogram. Berat maksima meujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 475 x 4 = 1900 kg) 

Huruf "H" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j. 
Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad. 

S - 180 km/j 
T - 190 km/j 
U - 200 km/j 
H - 210 km/j 
V - 240 km/j 
Z - melebihi hadlaju 240 km/j 
W - 270 km/j 
Y - 300 km/j 
Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.